‼️LIGUE M5 BINTULU 2022‼️
Selepas Kudat dan Kuching, Liga M5 kini sekali lagi melebarkan sayapnya merentasi Laut China Selatan untuk bertapak di Bintulu, Sarawak. Bahagian yang berada di tangga ke-3 terbesar di Negeri Sarawak ini akan menyaksikan 10 Pasukan bakal berentap di Ligue M5 Bintulu 2022 bermula Sabtu ini, 12 November 2022⚽
3 venue rasmi pertandingan yang menjadi pilihan adalah BDA Turf Bintulu, Kelab Kidurong Bintulu dan UPM Bintulu. Pertandingan anjuran bersama SSFC Sports Management, Persatuan Bolasepak Sarawak dan Persatuan Bolasepak Bintulu ini bakal menjadi Liga M5 yang terakhir bagi musim ini. 👏🏻
Tahniah dan terima kasih SLigue M5 Sarawak, Sarawak FA Official – NgapSayot dan BIFA NEWS-Persatuan BolaSepak Bintulu. Sudah pasti usaha murni ini akan menjadi salah satu platform utama dalam mencungkil bakat-bakat muda sukan bola sepak di sana. 🌟🙌🏻
Ayuh warga Bintulu turun padang berikan sokongan & Selamat Maju Jaya Ligue M5 Bintulu 2022!!🔥