YPM FC menjadi Pasukan seterusnya yang menempah slot ke Liga M4 2023 apabila dinobatkan sebagai Juara Kuantan Amateur League M5 (KALM5). YPM FC telah memperoleh 31 mata daripada 11 perlawanan yang diharungi. Walaupun KALM5 masih berbaki satu lagi minggu perlawanan, pungutan mata oleh YPM FC telah memastikan🏆 kejuaraan menjadi milik mereka lebih awal.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengarah Teknikal Sri Pahang FC, Encik Tajuddin Nor dan Ketua Pegawai Operasi AFL, Encik Raimi Fakri pada Sabtu lalu, di Padang POLISAS, Kuantan. Tahniah juga diucapkan kepada penganjur Kuantan Amateur League kerana menjayakan Liga M5 untuk musim 2022 dan terima kasih kepada Pahang FA di atas sokongan yang diberikan! 👏🏻🙌🏻
2 Pasukan Juara Liga M5 2022 setakat ini (OSV UK dan YPM FC) telah memastikan tempat mereka di Liga M4 2023 bersama-sama dengan 6 Pasukan relegasi M3 2022.
AFL mensasarkan penyertaan sebanyak 16 hingga 20 Pasukan bagi Liga M4 tahun hadapan. Juara Liga M5 2022 secara automatik diberikan penyertaan M4 2023. Slot Play-Off M4 2022 pula bakal diberikan kepada Pasukan Naib Juara atau Pasukan yang ditentukan melalui Peraturan Pertandingan M5 yang berkaitan.