Port Dickson, 30 Oktober 2022 (Ahad) – MPPD FC Juara Nogori M5 League 2022‼️
MPPD FC telah mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Juara Nogori M5 League 2022 selepas menewaskan 9Club FC dengan jaringan 2-1 tamat masa tambahan lewat petang hujung minggu.
Ketinggalan 0-1 di babak pertama, ternyata kelebihan bermain di laman sendiri membantu Kelab Bolasepak Majlis Perbandaran Port Dickson ini mendominasi babak kedua dengan menghasilkan jaringan penyamaan untuk mengheret pihak lawan ke masa tambahan. Momentum diteruskan sehingga berjaya memperoleh gol kemenangan untuk memastikan kejuaraan milik mereka🥇
Tahniah diucapkan kepada MPPD FC dan syabas kepada 9Club FC yang telah mempamerkan aksi cemerlang dan semangat juang yang tinggi. Terima kasih juga kepada ratusan penonton yang membanjiri Padang Merdeka Port Dickson semalam. Anda semua memang
terbaik
 
! 🤗
Dengan kejuaraan ini, MPPD FC telah membawa pulang Piala Kejohanan beserta hadiah wang tunai dan semestinya slot automatik ke Liga M4 2023🏆
Tahniah juga diucapkan kepada penganjur SSFC Sports Management dan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan kerana menjayakan Nogori M5 League untuk musim 2022!🙌🏻👏🏻