Putrajaya League M5 akan melabuhkan tirainya Sabtu ini. Istimewa di hari perlawanan terakhir ini apabila pertembungan di antara Evo Pm Tepi FC dan Jakim FC menjadi tumpuan kerana kedua-dua pasukan ini akan bersaing sengit untuk merebut gelaran juara edisi ini.
Perlawanan tumpuan ini bakal berlangsung di Padang Bola Sepak Taman Pancarona Presint 18, Putrajaya tepat jam 8.30 malam.
Buat seluruh warga Putrajaya dan peminat bola sepak di sekitar lembah klang anda semua dijemput hadir menyaksikan pertembungan menarik ini serta memberikan sokongan padu kepada kedua-dua pasukan.
🏟️Siapa bakal juara esok ni🤔 Hadirkan diri anda kerana (MASUK ADALAH PERCUMA!!!)
🏟️Jumpa anda di Taman Pancarona Presint 18, Putrajaya esok 🙌🏻