AHNIAH JAKIM FC πŸ†JUARA LIGA BOLASEPAK PUTRAJAYA M5 2022‼️

Liga Bolasepak Putrajaya M5 2022 telah melabuhkan tirainya Sabtu lalu di Stadium Pancarona Presint 18, Putrajaya.
Perlawanan tersebut menyaksikan JAKIM FC dan pencabar terdekat mereka, EVO PM Tepi FC terikat dengan jaringan 0-0 sehingga tamat perlawanan. Kedua-dua pasukan juga berkongsi pungutan mata yang sama di carta liga namun kelebihan 4 gol yang dijaringkan selepas mengharungi 10 perlawanan telah memastikan JAKIM FC unggul sebagai pendahulu dan secara rasminya dinobatkan selaku Juara edisi kali ini.
Penyampaian hadiah kemenangan dan Piala Liga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Perlawanan terakhir serta majlis penyampaian hadiah pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran Exco FAM Senator Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya dan Presiden Putrajaya FA Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim.
Tahniah diucapkan kepada Jakim FC dan syabas kepada semua pasukan yang telah memberikan saingan
hebat
Β 
di Liga Bolasepak Putrajaya M5 2022. Terima kasih juga kepada penonton yang hadir bagi menyaksikan perlawanan ini. Anda semua memang
terbaik
Β 
πŸ‘ŠπŸΌβ€ΌοΈ
Tahniah Persatuan Bolasepak Putrajaya (Putrajaya FA) dan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada penganjuran ini.