S LIGUE M5 2022 telah pun menutup tirainya pada Ahad lalu menerusi Perlawanan Akhir yang dilangsungkan di Stadium Negeri, Sarawak. AS United melakar sejarah apabila menjadi Pasukan pertama dari Bumi Kenyalang yang mengesahkan tempat di Liga M4 Musim 2023 setelah menewaskan lawanannya Zerynz SC dengan jaringan 3-0.
Penyampaian hadiah kemenangan serta Piala Juara S Ligue M5 2022 telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Sports Corporation (SSC) iaitu Yang Berusaha Tuan Awang Putrayusrie Awang Redzuan. Perlawanan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Tuan Haji Paza bin Haji Dan serta Encik Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad, Ketua Pegawai Operasi AFL.
Tahniah diucapkan kepada AS United dan syabas kepada Zerynz SC. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada @sliguem5sarawak2022 , @sarawak_fa dan @sscsarawak2020 kerana merealisasikan impian Liga M5 untuk mula bertapak di Negeri Sarawak.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada hampir 700 orang penyokong yang telah hadir memberikan sokongan yang padu kepada kedua-dua pasukan. Semoga Liga M5 terus meningkat dan berkembang di Negeri Sarawak untuk musim 2023. Anda semua memang terbaik!!!