(FIFA CONNECT) | 11 JANUARI 2023

Semalam (Rabu) telah diadakan sesi taklimat secara atas talian berkenaan dengan Pengurusan Pendaftaran Pemain yang disertai oleh wakil-wakil Pasukan Liga M3 2023 bermula jam 10.30 pagi.
Taklimat yang dikendalikan oleh Ketua Unit IT FAM iaitu Encik Ahmad Sallehin Khalid ini telah memberikan pendedahan yang jelas untuk para pasukan menyempurnakan proses pendaftaran Pemain dan Pegawai bagi Liga M3 2023 menggunakan Sistem Pendaftaran FAM MyPas.
Jendela Pendaftaran Pemain & Pegawai yang dibuka semenjak Disember yang lalu bakal ditutup pada 28 Februari 2023. Berbeza dengan musim sebelum ini, Pemain-pemain di Liga M3 2023 adalah campuran Pemain yang berstatus Profesional dan juga Amatur seiring dengan perancangan AFL menjenamakan Liga M3 2023 sebagai Liga Semi-Pro.
Anda rasa siapa Pemain-pemain terkemuka tanah air yang bakal beraksi di Liga M3 musim ini? 🤔