Amateur Football League (AFL) telah mengadakan Taklimat Pengenalan Liga M5 2023 petang Jumaat yang lalu.
Seramai 20 Penganjur berpotensi yang terdiri daripada Ahli-ahli Gabungan FAM serta Penganjur Bebas telah meluangkan masa untuk menghadiri taklimat ini yang dijalankan secara atas talian.
Liga M5 musim ini akan bermula seawal Februari dan AFL mensasarkan lebih daripada 15 Liga M5 bakal berlangsung di seluruh tanah air.
Untuk makluman, musim lalu yang bermula agak lewat telah menyaksikan 9 Liga M5 berjaya dianjurkan termasuk @ligue5bintulu yang bakal menutup tirainya melalui Perlawanan Akhir pada 12 Februari ini.
Kesemua Johan Liga M5 2022 mendapat slot automatik ke Liga M4 2023 yang dijenamakan sebagai ‘AL-IKHSAN CUP 2023’ dan pengumuman senarai penuh Pasukan yang bakal bertanding serta format pertandingan akan dikongsikan Mac nanti.