SAINS FC telah disahkan penyertaannya di Liga M3 2023 oleh Ahli Lembaga Pengarah AFL yang bermesyuarat semalam bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Kinabalu Jaguar FC (KJFC).
Terdahulu, KJFC telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penyertaannya di Liga M3 2023 lanjutan daripada kekangan dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. SAINS FC yang sebelum ini berada di β€˜Standby List’ sewaktu pengumuman 14 Pasukan asal yang disahkan penyertaannya kini telah diterima masuk untuk meneruskan perjuangan mereka di Liga M3.
Senarai penuh 14 Pasukan Liga M3 2023 adalah seperti berikut:
1. PIB Shah Alam FC
2. Kuala Lumpur Rovers
3. Kuala Kangsar BRM FC
4. Imigresen FC
5. Harini Selangor FT
6. Naga Ultimate KS FC
7. Manjung City FC
8. Armed Forces FC
9. Perlis United FC
10. Bukit Tambun FC
11. Malaysia University
12. Sarawak United FC
13. Melaka FC
14. SAINS FC
Liga M3 2023 telah dijadualkan semula untuk membuka tirainya pada 4 Mac akan datang!πŸ’ͺ🏻 Pasukan mana yang menjadi pilihan anda musim ini? πŸ†πŸ€”