Post Views: 122

Petang semalam (Ahad) telah berlangsungnya Perlawanan Akhir Ligue M5 Bintulu 2022 di mana SDP Project Park FC telah dinobatkan sebagai Juara terakhir Liga M5 Musim 2022 selepas menewaskan lawannya, BISCOM FC dengan jaringan 3-0. Perlawanan yang berlangsung di BDA Turf Bintulu menyaksikan SDP Project Park FC menguasai separuh masa kedua perlawanan dan memastikan kejuaraan milik mereka dengan 3 gol tanpa balas sehingga wisel penamat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang telah mempamerkan persembahan terbaik mereka dan terima kasih yang tidak terhingga kepada hampir 400 orang penonton yang hadir memberikan sokongan yang padu. Warga Bintulu memang terbaik! 





Penyampaian hadiah kemenangan serta Piala Juara Ligue M5 Bintulu telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Encik Abang Zulkarnain Abang Abdurahman. Perlawanan Akhir @ligueM5bintulu ini turut diserikan dengan kehadiran ADUN Tanjong Batu, Yang Berhormat Johnny Pang Leong Ming, Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BIFA)BIFA NEWS-Persatuan BolaSepak Bintulu, Encik Suhardy Sedik serta barisan Ahli Jawatankuasa FAS dan BIFA.
AFL juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Sarawak FA Official – NgapSayot , BIFA dan SSFC Sports Management kerana terlibat secara langsung di dalam penganjuran Liga M5 yang terakhir bagi Musim 2022 ini. Dengan berakhirnya Ligue M5 Bintulu, proses pengesahan penyertaan Pasukan-pasukan yang bakal bertanding di Al-Ikhsan Cup 2023 (Liga M4) sedang dilaksanakan dan senarai penuh serta format pertandingan akan diumumkan pada Mac nanti.