PIB Shah Alam FC merupakan juara bertahan musim lalu dan mereka tekad memastikan gelaran tersebut kekal diraih buat musim kedua berturut-turut.
Dibarisi 13 pemain berpengalaman sedia ada dan kehadiran 17 pemain baharu.
Majlis pelancaran dan pengenalan dihadiri Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusof Haji Mahadi, Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad, Ketua Jurulatih PIB Shah Alam FC, Yusrizal Yusof dan juga Pengarah Pusat Sukan USIM, Nur Ekmal Buhary.