Amateur Football League (AFL) telah mengadakan Taklimat Pengenalan Liga M4 2023, minggu lalu.
Taklimat ini yang dijalankan secara atas talian ini telah disertai oleh wakil-wakil Pasukan yang layak secara merit daripada Liga M3 2022 dan Liga M5 2022.
Liga M4 musim ini yang dijenamakan sebagai ‘AL-IKHSAN CUP 2023’ akan bermula 13 Mei dan AFL mensasarkan 20 pasukan bakal beraksi untuk merebut dua (2) slot automatik untuk mara ke pentas Liga M3 2024.
Mengikut format yang dirancangkan, Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada kumpulan mengikut zon atau kedudukan geografi masing-masing.
Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara timbal balik dan dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan melangkah ke pusingan kalah mati daripada suku akhir hingga final.