PEMAIN tengah Sains FC, Muhammad Fikri Abdul Rahim mula mencuri perhatian peminat dan pasukan lawan apabila memperagakan aksi berkualiti ketika diturunkan selaku kesebelasan utama berdepan Melaka FC dan PIB Shah Alam FC.

Impak Fikri begitu bermakna apabila dia menjaringkan gol tunggal pada minit ke-27 membantu kemenangan Sains FC ke atas PIB Shah Alam FC pada perlawanan minggu kedua, 11 Mac 2023.

Pastinya khidmat dan peranan Fikri ditagih pengendali Sains FC, Hamizar Hamzah untuk melayan kunjungan Kuala Kangsar BRM FC, Ahad ini.

#afl #ligam32023