Post Views: 127

SYUKUR Saidin bukanlah nama yang asing buat sukan bola sepak tempatan apabila mula mencipta nama bersama skuad muda Sime Darby pada 2009-2010.
Dua tahun kemudian pemain yang memegang watak selaku perancang ini dinaikkan pangkat untuk bersama skuad utama Sime Darby sehinggalah 2014.
Tidak terhenti disitu sahaja anak jati Pulau Pinang yang menyambut hari lahir pada 12 November ini menabur bakti bersama negeri kelahirannya pada 2015-2018.
Sinonim dengan jersi bernombor 7, Syukur beraksi seketika dengan Perlis setahun kemudian sebelum kembali menyertai skuad Pulau Mutiara (2019-2020).
Kini wataknya selaku pemain berpengalaman dan perancang dalam saingan Liga M3 bersama buat Bukit Tambun FC jelas kelihatan apabila membantu kemenangan pasukan ke atas Naga Ultimate KS FC dan Sarawak United FC.
Diturunkan sebagai kesebelasan utama, Syukur meledak dua gol membantu kemenangan pasukan keatas Sarawak United FC (2-0).
Semestinya Syukur akan terus menjadi watak penting menjelang pertembungan menentang Melaka FC di Stadium Hang Jebat, 8.45 malam, Sabtu ini.