SELEPAS kejayaan penganjuran edisi pertama yang membabitkan 14 pasukan hingga terhasilnya juara edisi pertama menjadi milik AS United kejohanan SLeague M5 Sarawak kembali lagi. Saingan yang memasuki edisi kedua melibatkan 12 pasukan daripada tiga Daerah / Bahagian Kawasan Selatan Sarawak (Lundu, Kuching dan Serian) bakal berentap memburu kejayaaan bermula 19 Mac 2023.

Majlis Perasmian SLeague M5 Sarawak 2023 telah disempurnakan Pengerusi AFL, Yang Berbahagia Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak, Ahad lalu.Turut hadir memeriahkan majlis adalah Presiden Persatuan Bolasepak (FAS), Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri N1, Opar, Yang Berbahagia, Billy Anak Sujang.