Penyerang kelahiran Alor Gajah Melaka ketika ini berada dalam kelompok senarai penjaring terbanyak dengan tiga gol selepas dia menjaringkan gol tunggal pasukan pada masa kecederaan untuk menewaskan Kuala Kangsar BRM FC, 4 Mac lalu. Lahir pada 1 Januari 1997, Abdul Azim yang sinonim dengan jersi bernombor 12 atau lebih mesra dengan gelaran Balotelli dikalangan rakan sepasukan bukanlah asing dalam saingan Liga Malaysia apabila sebelum ini menyertai beberapa pasukan Liga Super.
 
Penang FC, Kuala Lumpur City FC, Felda United FC, Felcra FC antara pasukan yang diwakilinya dan pengalamannya dalam kancah Liga Super pastinya ditagih menjelang aksi pusingan pertama Piala FA 2023 menentang Kuala Kangsar BRM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras malam esok.