Saingan Liga M3 2023 berehat seketika pada bulan Ramadhan, namun kehangatan bola sepak tetap diteruskan dengan saingan Pusingan Pertama Piala FA Malaysia 2023. Empat pasukan Liga M3 iaitu Imigresen FC, Kuala Kangsar BRM FC, Sains FC dan Manjung City FC akan beraksi dalam pusingan pertama Piala FA 2023 malam ini. Dua lagi pasukan iaitu Melaka FC dan PIB Shah Alam FC sudah pun melayakkan diri ke pusingan kedua. 
 
All the best buat Manjung City FC, Sains FC, Kuala Kangsar BRM FC dan Imigresen FC yang akan turun beraksi memburu slot pusingan kedua, malam ini.