Pentas Piala FA 2023 terus memberikan makna buat Abdul Azim Rahim selepas dia meledak gol tunggal buat Imigresen FC untuk menewaskan Kuala Kangsar BRM FC dalam pusingan pertama Piala FA 2023, Sabtu lalu.
Abdul Azim lebih mesra dengan gelaran Balotelli telah menjaringkan tiga gol dan merupakan penjaring terbanyak pasukan dalam saingan Liga M3 selepas tiga perlawanan.
Menanti anak didik Mat Zan Mat Aris pada pusingan kedua adalah Kuala Lumpur City FC.
Terus berjuang memburu kejayaan The Mighty Tigers.