Jaringan Mohamad Syamin Baharuddin memastikan Manjung City FC berada didepan seawal minit ketiga pada pusingan pertama Piala FA 2023 menentang Sains FC, Sabtu lalu.
Pernah beraksi bersama Penang FC, Perlis dan PKNP FC, Syamin yang dilahirkan 18 Mac 1996 telah menjaringkan enam gol bersama Manjung City FC musim lalu.
Khidmat pemain kelahiran Chemor, Perak ini pastinya terus ditagih pasukan menjelang saingan Piala FA pusingan kedua berdepan, Kelantan FC, 14 April 2023.
Teruskan mencipta nama Syamin !!!