Usia sekadar angka

Hampir 16 tahun berkecimpung dalam kancah bola sepak tempatan, Azizi Matt Rose membuktikan bakat dimilikinya terus memainkan peranan penting buat pasukan.

Terus kekal bersama Perlis United FC, Azizi merupakan pemain paling berusia dalam saingan Liga M3 musim ini.

Memulakan karier bola sepak dengan skuad Piala Presiden Perlis FA pemain kelahiran Kangar Perlis ini berkembang dengan menyertai beberapa pasukan termasuklah dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada 2006.

Terus kental beraksi memperkuatkan benteng Perlis United FC musim ini, pengalaman dimiliki pastinya ditagih untuk mengharungi saingan Liga M3 musim ini.

#afl #ligam32023 

See less