Amer merupakan produk Harimau Muda di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee (2010-2011) dan dikenali antara prospek pertahanan terbaik ketika mewakili skuad Bawah 23 tahun negara.
Bakat dimiliki pemain kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini kemudiannya terus ditagih Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak 2015 sehinggalah 2020.
Selepas lima musim bersama JDT, Amer meneruskan kerjaya bolasepaknya dengan menyertai Petaling Jaya City FC (2020) yang turut dibarisi Safee Sali dan K Gurusamy.
Perjalanan karier Amer diteruskan dengan menyarung jersi Sarawak United FC sebelum membarisi KL Rovers FC dalam saingan Liga M3 musim ini dengan menjaringkan gol membantu kemenangan 4-1 mengatasi Naga Ultimate KS FC pada 19 Mac 2023.
Memiliki susuk tubuh yang tinggi sesuai dengan peranan pertahanan tengah, khidmat Amer pastinya ditagih Wan Mustaffa Wan Ismail untuk terus kental bersama rakan sepasukan memastikan KL Rovers FC terus utuh.
 
Nama : Mohammad Amer Saidin
Tarikh lahir : 25 Julai 1992
Asal : Tasek Gelugor, Pulau Pinang
No jersi : 26
Pasukan terdahulu : Sarawak United FC, PJ City FC, JDT II, Harimau Muda A, Harimau Muda B
Posisi : Pertahanan Tengah