Kepuasan jelas terpancar diraut wajah Mohd Naaim Firdaus Stibin yang menjaringkan gol kedua buat Imigresen FC pada aksi berdepan Perlis United FC, di Stadium UPM, Serdang 18 Mac 2023.
Gol yang dihasilkan pada minit ke-69 memastikan kedudukan kembali seimbang 2-2 sebelum Abdul Azim Rahim meledak gol kedua peribadi dan ketiga buat pasukan meraih kemenangan 3-2 ke atas lawan.