Alif merupakan satu nama besar buat kalangan peminat Negeri Sembilan di era kegemilangan skuad Hoben Jang Hoben pada musim 2009 hingga 2011 dengan menjadi antara watak penting di dalam pasukan.

Dikenali sebagai pemain yang mempunyai corak permainan keras selaku pemain tengah bertahan, Alif telah beraksi bersama Negeri Sembilan sehingga musim 2014 sebelum berhijrah ke beberapa pasukan lain seperti Sime Darby, Melaka, Felcra dan Kuala Lumpur.

Jaringan tunggalnya ketika membantu Sains FC menewaskan Kuala Kangsar BRM FC, 1-0 dalam saingan Liga M3, 19 Mac lalu memastikan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan.

Nama : Mohd Alif Samsudin
Tarikh lahir : 1 Februari 1989
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
No jersi : 29
Pasukan terdahulu : Imigresen FC, UiTM FC, Kuala Lumpur, Felcra, Melaka United, Sime Darby, Negeri Sembilan
Posisi : Pertahanan Tengah

#afll #ligam32023