Langkawi is one of the districts in the state of Kedah Darul Aman, Malaysia. This island was granted duty-free status in 1987. Today, this island, rich in natural beauty and ancient legends, has established itself as one of the most popular tourist destinations in Malaysia. Langkawi is a group of islands, with Pulau Langkawi being the largest, followed by Pulau Banggi and Pulau Pinang.

The name Langkawi is a combination of “Lang” and “Kawi”. “Lang” is derived from the Malay word for eagle. This is evident from the presence of eagles flying around in most places in Langkawi, including the Kilim Geopark area, Pulau Singa Besar, and the entire Langkawi archipelago. Langkawi is also a habitat for a number of red kite eagles. Kawi means “red heart” because the eagle has reddish-brown feathers and a white head.

Kawi also refers to the Kawi script used by the traditional Hindu community in Java. Additionally, Kawi also refers to a type of stone, namely Batu Kawi or limestone. The abundance of Batu Kawi can be found in Langkawi. The Eagle Statue located in Eagle Square is seen standing on top of Batu Kawi upon closer inspection.

“Kawi” in Sanskrit means “cave,” which is found in Malaysian dialects. When both words are combined, they form the word “Helangkawi,” which later became Langkawi.

It is believed that Langkawi gets its name from Langkasuka. There is not much historical evidence, but according to a historical record from the Chinese Liang Dynasty (500 AD), the kingdom was referred to as “Langgasu,” which was founded in the first century AD. Another reference can be found in a book by Tun Mohamed Zahir titled “The Legends of Langkawi,” in which the name combines two Sanskrit words – “Langka” (beauty) and “Wi” (countless).

Source: Portal PBT Kedah

 Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul   Aman, Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau  yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah  menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling   popular di Malaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau   Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang

Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

“Kawi” dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan “Helangkawi” yang kemudian menjadi Langkawi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai “Langgasu” yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—”Langka” (keindahan) dan “Wi” (tidak terkira).

Sumber :  Portal PBT Kedah