Muar is rich in history, but due to the absence of complete historical records and archaeological evidence, most of Muar’s past history is unknown. It is believed that Muar’s history began earlier than the Melaka Empire. In 1361, there is a record stating that Muar was part of the Majapahit empire. Another record mentions that Parameswara, the founder of the Melaka Empire, established a settlement in Pagoh, Ulu Muar after fleeing from Temasik before heading to Melaka. Muar is also the location of the only tomb of the Melaka sultanate, Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1477-1488). The other tombs of the Melaka sultanate were cruelly destroyed by the Portuguese during their conquest of Melaka. Muar also played a role in suppressing the Portuguese army in 1511. To deal with Portuguese fleet attacks, Kubu Bentayan was built by the Sultan of Melaka to break attacks from the sea.

During the Portuguese era, Muar also housed a fort called ‘Fortaleza de Muar’ to defend the Portuguese colony from attacks by the Dutch and Aceh.

Muar is a Royal town in southern Johor. It was once an independent and sovereign kingdom ruled by Sultan Ali for a brief period (1855 – 1877), when control of Johor (except for Muar) was handed over to Dato’ Temenggong Daing Ibrahim under an agreement between the British in Singapore and Sultan Ali. Sultan Ali was the true heir to the Johor sultanate, but his weakness led to the rule of Johor being taken over by Temenggong. After his death in 1877, Muar finally became part of the Johor region. Muar is also known as Bandar Maharani, a name given by Maharaja Abu Bakar in 1884. Muar was for many years the second largest town in Johor, but this position was taken over by Batu Pahat. Nevertheless, Muar remains the second most important town in terms of administration after the state capital Johor Bahru.

 

Source: Portal Majlis Perbandaran Muar

Muar adalah kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang  sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui.  Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara,pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka.Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1477-1488).Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis,Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut.

Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu ‘Fortaleza de Muar’ bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh.

Muar adalah bandar di-Raja di selatan Johor.Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali dalam masa yang singkat (1855 – 1877),apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar) telah diserahkan kepada Dato’ Temenggong Daing Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali. Sultan Ali adalah pewaris sebenar kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggong. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.

 

Sumber: Portal Majlis Perbandaran Muar