Armed Forces FC (AFFC) memburu tiga mata penuh pada aksi dilaman sendiri menentang Harini Selangor FT di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur.

Meraih tiga mata hasil tiga keputusan seri ke atas Perlis FC (1-1), Imigresen FC (1-1) dan Manjung City FC (1-1) pastinya skuad bimbingan Kevin Lee Cooper dahagakan kemenangan sulung.

Bagi Harini Selangor FT pula, rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan sudah tentu ingin dikekalkan pelawat yang turut mengidamkan kemenangan.

Kami bawakan secara langsung aksi MBSB Bank Championship 2023 minggu keempat dengan pertembungan Armed Forces FC menentang Harini Selangor FT menerusi saluran Youtube (Amateur Football League).

#afl
#MBSBBank
#championship2023