“Pasukan hadir dengan misi mempertahankan rekod tanpa kalah dan ingin menebus kekecewaan di pentas Piala FA sebelum ini.

“Tekanan tetap ada, mana-mana pasukan bila berdepan dengan Sains FC mereka akan memberikan tentangan sengit, saya telah maklumkan kepada pemain untuk bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Lawan juga memerlukan kemenangan untuk meloloskan diri dari kelompok tiga terbawah liga.

“Bagi Sains FC pemain perlu mengikut perancangan yang telah diatur dan merealisasikannya dalam perlawanan. Kami tidak boleh pulang dengan kekalahan”.

-Ketua Jurulatih Sains FC, Hamizar Hamzah-

Manjung City FC lwn Sains FC
Stadium MP Manjung, Perak / 8.45 mlm

#afl
#mbsbbank
#championship2023