“Prestasi pasukan Malaysia University selepas empat perlawanan memang sangat baik, sayang kita tumpas dalam perlawanan pembukaan disebabkan pemain belum begitu bersedia dan kurang berpengalaman. Jika tidak kita kini berada pada kedudukan teratas.
 
“Kita berada pada momentum yang sangat baik ketika ini, menang tiga perlawanan berturut-turut walaupun ketika menang tipis 1-0 ke atas PIB Shah Alam beberapa hari lalu tetapi persembahan pasukan nampak sedikit merosot mungkin kerana cuti hari raya Aidilfitri.
 
“Saya tak anggap pasukan Malaysia University adalah pasukan pengacau bagi pasukan-pasukan lain, tetapi apa yang saya tekankan kepada pemain dan jurulatih, persembahkan permainan terbaik pada setiap perlawanan tidak kira bertemu pasukan mana sekalipun.
 
“Perjalanan liga masih panjang, saya ingatkan mereka jangan cepat berpuashati dan jangan juga terlalu menghormati pasukan-pasukan lain yang lebih berpengalaman begitu juga yang memiliki pemain naturalisasi tetapi biar pasukan lawan itu nanti yang tunduk hormat dan kagum dengan Malaysian University”.
– Presiden MUFT, Dato’ Dr Pekan Ramli-
Kuala Kangsar BRM FC lwn Malaysia University
Stadium Astaka Sitiawan, Perak / 4.45 petang