“Kalau ikut atas kertas, Bukit Tambun FC mempunyai kombinasi pemain berpengalaman dan muda.

“Jadi atas sebab itu, kami (AFFC) tidak boleh ambil mudah perlawanan menentang tuan rumah, dari segi taktikal, kita selalu bermain dengan niat yang berbeza dari satu perlawanan ke perlawanan berdasarkan kelebihan dan kelemahan pasukan lawan.

“Saya percaya bahagian tengah akan memainkan peranan penting pada perlawanan ini dan sekiranya kita boleh menguasainya, tiga mata akan menjadi milik pasukan”.

– Penolong ketua jurulatih AFFC, Boon Aik Hau –

Bukit Tambun FC lwn Armed Forces FC
Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan / 4.45 petang
#afl
#mbsbbank
#championship2023