Taklimat pasukan dan Local General Coordinator (LGC) AL-Ikhsan Cup 2023 di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Majlis dihadiri tetamu kehormat iaitu Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi merangkap Pengerusi Amateur Football League (AFL), EXCO FAM yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah AFL, Dato’ Adly Shah Ahmad Tah dan Tuan Syed Yazid Syed Omar.
Turut hadir sama Ahli Lembaga Pengarah AFL, Datuk Kamarudin Hassan dan Farhan Ibrahim, Pengurus Jenama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Anwar Mamtaj serta Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad.
Kejohanan Al-Ikhsan Cup 2023 dijangka bermula 3 Jun 2023 dengan disertai 16 pasukan yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.