“Kami telah pecahkan ruyung (raih kemenangan) dan ingin meneruskan rentak tersebut pada aksi menentang Imigresen FC di laman sendiri, semuannya itu bergantung kepada pemain itu sendiri.
“Pasukan tidak boleh terus tercicir mata, dah mampu tersenyum dan kami ingin terus merasai kemenangan, tetapi jika kami tewas ia akan merencatkan momentum pasukan.
“Jika kami tidak dapat menjaringkan gol, kami juga tidak boleh bolos jadi dengan kata lain satu mata mampu diraih bersama.
“Lawan memiliki beberapa pemain berpengalaman dan berbahaya terutamanya penjaring terbanyak pasukan, Abdul Azim Rahim yang kita akui ketajaman gerakan penyudah.
“Bagaimanapun bukan dia sahaja yang perlu diberikan perhatian kerana bola sepak ini adalah acara berpasukan, saya telah ingatkan pemain agar memberikan tumpuan penuh disepanjang perlawanan”.
-Ketua jurulatih PIB Shah Alam FC, Yusrizal Yusoff-
 
PIB Shah Alam FC lwn Imigresen FC
Stadium USIM, Nilai / 4.45 petang