Post Views: 71

“Memang tak dinafikan lawan memiliki kelebihan dari segi kecergasan memandangkan mereka semua terdiri dari anggota.
“Kami perlu bermain mengikut keadaan semasa pada hari perlawanan selain berwaspada pada setiap masa sehinggalah tamat masa perlawanan.
“Pasukan tidak boleh tercicir mata kerana kami tidak mahu terlalu jauh jurang dengan pasukan yang berada ditangga teratas, kami perlu tampil dengan penuh konsisten terutamanya beraksi dilaman sendiri.
“Bukan satu tugas yang mudah namun saya percaya pemain mampu melakukannya mengikut perancangan yang telah digariskan berdepan lawan”.
-Ketua jurulatih PIB Shah Alam FC, Yusrizal Yusoff-
PIB Shah Alam FC lwn Armed Forces FC
10 Jun 2023 (Sabtu) / 4.45 petang
Stadium USIM, Nilai