Tourism Melaka dengan kerjasama Melaka Chef Association akan menganjurkan Melaka Culinary Challenge 2023 yang akan bermula pada 16 Jun hingga 18 Jun 2023 bertempat di The Shore Shopping Gallery Melaka. Acara ini merupakan acara pelancongan utama Negeri Melaka bagi tahun 2023 dan ia dilaksanakan bagi mengimarahkan kempen Tahun Melawat Melaka 2024.
 
Penganjuran kali yang kedua ini telah diiktiraf oleh World Association of Chefs’ Societies ( WACS ) and Professional Culinaire Association (PCA) Malaysia.
 
Sebanyak 28 kategori yang telah dipertandingkan dengan jumlah penyertaan seramai 450 orang peserta dari dalam dan luar negara yang akan diadili oleh 34 juri profesional dan 20 orang juri latihan dari Malaysia, Italy, Indonesia, Singapura, Thailand dan India.
 
Jom ramai-ramai kita saksikan mereka berentap!!!
 
 
Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=270300162242277&set=a.202103979061896