Majlis Perasmian Program Asian Tourism Crisis Communication & 3rd ATCCT Special Meeting anjuran bersama Tourism Malaysia dan Tourism Melaka telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC YBhg Datuk Mohd Zamri bin Mat Zin. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, YB Datuk Haji Zaidi bin Attan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) YBhg. Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim.
 
Forum secara fizikal dan hybrid ini sedang berlangsung bermula 12 – 14 June 2023 di AMES Hotel, Melaka dan melibatkan lebih kurang 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil negara Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam,Timor Leste, China, Korea, Japan, India & Russia.