Post Views: 68
Menganjur taklimat pelesenan kelab
AMATEUR Football League (AFL) dengan kerjasama Malaysia Football League (MF) telah menganjurkan taklimat pelesenan kelab kepada pasukan-pasukan yang bersaing dalam MBSB Bank Championship 2023.
Taklimat yang berlangsung semalam (Khamis) bertujuan memberi penerangan terperinci dan mengemaskini persediaan pasukan-pasukan khususnya dalam aspek dokumentasi serta keperluan-keperluan yang berkaitan dalam proses permohonan pelesenan kelab.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd, Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad dan tetamu khas AFL Ketua Perniagaan Digital dan Pemasaran MBSB Bank, Zainul Abidin Mustafa serta Ketua Jabatan Inovasi Pengguna MBSB Bank, Norashikin Mohd Noh.
Pasukan MBSB Bank Championship perlu melengkapkan proses pelesenan kelab pada musim ini sebagai satu kewajipan jika layak / dipromosikan ke Liga Super 2024 (Juara & Naib Juara).
