Bawa pulang tiga mata, Bukit Tambun FC waspada prestasi SUFC
“Memulakan aksi pertama pada pusingan kedua seharusnya diterjemahkan dengan kemenangan untuk memastikan pasukan terus bersaing dalam kelompok lima terbaik.
“Terbang ke Kuching, Sarawak, tiga mata menjadi keutamaan namun kami perlu berwaspada selain tidak memandang rendah kemampuan SUFC walaupun mereka berada dikelompok dua terbawah.
“Kita lihat mereka (SUFC) semakin bertambah back khususnya pada aksi pusingan kedua mungkin kehadiran beberapa pemain baharu yang dibawa maşuk, beraksi dilaman sendiri juga kelebihan buat mereka.
“Berdepan SUFC ini kita juga telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang skuad Liga Super Kedah FC dań Penang FC.

“Pasukan akan menurunkan kesebelasan terbaik dengan beberapa perancangan serta taktikal telah disusun untuk memastikan tiga mata dibawa pulang dan mengharapkan pemain mampu melaksanakannya.

-Penolong jurulatih Bukit Tambun FC, Hasbul Hazani Daud-
Sarawak United FC lwn Bukit Tambun FC
30 Julai 2023 (Ahad) / 4.15 petang
Stadium Negeri, Kuching.