Sedia leburkan rekod tanpa kalah KL Rovers
“Berdasarkan rekod pusingan pertama, pasukan mampu beraksi lebih baik bila bermain ditempat lawan, beberapa keputusan positif juga dapat dicapai bila kita turun selaku pelawat.
“Jadi pertembungan menentang KL Rovers, hari ini amatlah penting buat pasukan untuk mendapatkan mata yang seterusnya akan merubah kedudukan dalam liga ketika ini.
“Tewas tipis pusingan pertama, aksi di Stadium UPM Serdang akan diterjemahkan dengan kemenangan buat pasukan dan kekalahan pertama KL Rovers.
-Ketua Jurulatih Perlis United FC, Azhar Abdul Rahman-
KL Rovers lwn Perlis United FC
30 Julai 2023 (Ahad ) / 4.45 petang
Stadium UPM, Serdang.