Pasukan yang terlibat dalam kejohanan M5 VLigue Kota Kinabalu 2023 adalah Tenang FC, Putra United, Aropabuai FT, Borneo United, UAJ x Patio, MFC FC, KK Vibes, SS Family Team, Gading Timur, Magni FT dan Inter United.
Perasmian kejohanan disempurnakan oleh Naib Presiden 1, Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA), Dato’ Alijus Hj Sipil dan Eksekutif Pertandingan Amateur Football League (AFL), Muhammad Asyraf Mohamad Yusof serta pegawai-pegawai SAFA dan AFL.