πŸ—£οΈJom datang beramai-ramai ke Program Jualan Rahmah Peringkat Negeri Johor Anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup dengan kerjasama rakan strategik.
PJR kali ini menawarkan barangan keperluan asas seperti ayam segar, pelbagai jenis ikan termasuk ikan segar beku, telur ayam, sayur- sayuran, buah- buahan, minyak masak dan berbagai barangan dapur pada harga jualan yang lebih murah berbanding harga pasaran semasa pada kadar 15% hingga 20%.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati kadar penurunan harga di Program Jualan Rahmah yang akan diadakan di premis – premis terpilih seluruh Johor.
Antara lokasi PJR kali ini adalah melibatkan beberapa kawasan PARLIMEN Johor di lokasi terpilih pada 12 & 13 Ogos 2023 hari Sabtu dan Ahad minggu ini bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00mlm.
Jumpa di sana….!!!