Melaka Pharm Run muncul lagi..kali ni bukan secara virtual tetapi secara fizikal! Mesti lebih meriah! Maklum la dapat jumpa kawan-kawan sambil lihat keindahan Banda Hilir yang penuh sejarah.
 
Orang luar Melaka juga dialu-alukan sertai Melaka Pharm Run 4.0. Lepas run kita cari la asam pedas Melaka..Wow! Anda sertai pharm run maka anda boleh sertai pameran Kenali Ubat Anda, saringan kesihatan percuma, kuiz, permainan berasaskan ubat-ubatan.
 
Selain itu, anda berpeluang menyaksikan pertandingan choral speaking, pertandingan mewarna dan yang paling penting anda berpeluang memenangi cabutan bertuah! Jom daftar sekarang! Tarikh tutup pada 28 Ogos 2023.