Amateur Football League (AFL) dengan kerjasama MBSB Bank Berhad telah memulakan Program Pembukaan Akaun Pasukan bersama MBSB Bank Berhad dan Kempen ‘Dare To Dream’ MBSB Bank Championship 2023.
 
Pasukan-pasukan juga bakal disediakan dengan faedah, produk serta kemudahan yang lain sebagai Pemegang Akaun bersama MBSB Bank Berhad.
 
Bersempena dengan penganjuran tersebut, program Meet & Greet bersama pemain dan MBSB Bank Berhad telah diadakan di Menara MBSB Bank, Petaling Jaya
 
Majlis pelancaran telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M.Taib bersama Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi.
 
Kempen ‘DARE TO DREAM MBSB BANK CHAMPIONSHIP’ yang julung kalinya diperkenalkan ini bakal menyaksikan pemain-pemain MBSB Bank Championship 2023 yang terpilih berpeluang untuk dihantar berlatih bersama Wolverhampton Wanderers FC (Wolves) di England pada Januari / Februari 2024.