Post Views: 50
Lebih dari 10 aktiviti tersedia buat para pengunjung yang hadir sepanjang 3 hari berlangsungnya Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023. Sambutan ini bukan hanya menggalakkan para pengunjung untuk mendapatkan informasi mengenai kepenggunaan malah yang hadir juga dapat mengisi waktu hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti.
Bermula dari aktiviti secara dalam talian sehingga ke fizikal. Semua aktiviti yang tersedia ini menyambut kehadiran semua golongan masyarakat yang hadir bagi meraikan Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023.
Diharapkan dengan Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan ini dapat menjadikan masyarakat Malaysia individu yang tahu hak sebagai pengguna serta berani bertindak untuk hak mereka mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.
