Post Views: 46
Seramai 32,894 pengguna hadir bagi memperkasa hak mereka sebagai pengguna. Nilai yang besar ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia komited dalam menyahut seruan kerajaan menjadi pengguna yang berdaya. Pertambahan pengunjung yang meningkat dari hari pertama sehingga ketiga jelas menunjukkan masyarakat mahu memperkasa hak mereka sebagai pengguna.
Inisiatif memperkasa hak pengguna ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dari masyarakat. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyeru agar sambutan yang diadakan selama 3 hari ini dapat memberi kesan yang berpanjangan dalam urusan jual beli yang dilakukan.
Diharapkan dengan Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan ini dapat menjadikan masyarakat Malaysia individu yang tahu hak sebagai pengguna serta berani bertindak untuk hak mereka mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.
