Post Views: 39
Mungkin kadang kita terlupa dan masih tidak tahu bahawa kita sebagai seorang pengguna ada hak-hak yang menjadi benteng dalam urusan membeli. Hak-hak ini penting bagi memastikan ketelusan dalam sesebuah perniagaan dapat diterapkan.
8 hak pengguna ini dapat menegakkan keadilan sekiranya ada urusan jual beli yang menyalahi undang-undang. Para pengguna yang ditipu boleh berpandukan kepada hak-hak ini untuk mendapatkan keadilan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyeru agar semua masyarakat mengetahui pentingnya setiap hak-hak pengguna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian yang dijalani.
