Post Views: 28
“Menang pada pusingan pertama sebelum ini, saya percaya lawan akan turun dengan semangat memburu kemenangan untuk memastikan mereka layak ke pusingan suku akhir.
“Kemasukan beberapa pemain lawan pada jendela perpindahan juga membuktikan mereka kini berbeza tetapi saya telah ingatkan kepada pemain saya untuk turun beraksi seperti biasa dengan mentaliti kemenangan menjadi keutamaan.
“Kami akan turun dengan barisan terbaik untuk perlawanan terakhir dilaman sendiri dan tidak akan memberi laluan mudah buat pelawat”
Ketua jurulatih UiTM United, Mohd Yazli Yahya-
UiTM United lwn CF Kuantan City FC
26 Ogos (Sabtu) / 4.45 petang
Stadium UiTM Shah Alam.
