Sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan patriotik, adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan.
 
Apa yang Malaysia perlukan hari ini bukan wira etnik tetapi pembina jambatan etnik dan duta kedamaian yang dapat membantu memupuk semangat muhibah, saling menghormati, kedamaian dan keharmonian.