Tahukah anda setiap masyarakat yang bergelar pengguna mempunyai hak-hak yang menjadi benteng kepada ketidakadilan dalam urusan jual beli. Dan hak-hak ini semestinya memelihara hubungan pengguna dan peniaga menuju kepada “win-win situation”.
 
Jangan hanya membiarkan kesalahan itu berlalu dan berlaku, kita sebagai pengguna perlu melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Manfaatnya bukan sahaja pada diri malah kepada seluruh masyarakat.
 
Lindungi hak-hak anda dari tipu daya dan scam peniaga yang tidak beretika. Advokasi ini juga melahirkan komuniti pengguna bijak dalam mewujudkan keharmonian dalam ekosistem ekonomi negara.