Kadar inflasi Malaysia, yang diukur daripada Indeks Harga Pengguna (IHP) mengecil ketara pada Julai iaitu 2.0 peratus, kadar terendahnya pada tahun ini.
 
Kadar inflasi yang lebih perlahan itu adalah berikutan peningkatan kecil harga makanan dan minuman bukan beralkohol serta restoran dan hotel, demikian mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).