Post Views: 32
Adalah menjadi tanggungjawab kepada para peniaga untuk mempamerkan label dengan ungkapan “Diperbuat Daripada Babi” atau “Diperbuat Daripada Anjing” untuk para pengguna mengetahui mengenai maklumat barangan yang dijual.
Menjadi kesalahan jika tiada sebarang label yang diletakkan dan para peniaga bakal dikenakan tindakan. Amanah dan jujur dalam perniagaan adalah merupakan elemen terpenting dalam urusan perniagaan.
Kita tekankan prinsip bersih dan halal perlu diutamakan, kepada pengguna jika ada mana-mana premis yang melakukan kesalahan anda boleh sahaja lapor dengan mudah di Ez Adu, aplikasi percuma untuk sebarang aduan.
