Rekod tanpa kalah beraksi dilaman sendiri menjadi azimat buat MPPD FC menjelang aksi menentang Maqarize FC yang hadir selaku pelawat bagi merebut slot separuh akhir.
 
Seri menentang JAKIM FC dan MAHSA City FC di Padang Merdeka, Port Dickson, rentak cemerlang MPPD FC berterusan sehinggalah menamatkan saingan Zon 1 (Tengah) selaku juara dengan merekodkan 26 gol dan hanya melepaskan lapan gol sahaja.
 
Maqarize FC pula yang kali pertama beraksi digelanggang luar sudah pasti berdepan laluan sukar terutamanya suasana serta aura pantai Port Dickson yang cukup dikenali pasukan pelawat.
 
Dua kemenangan dan empat seri untuk mengumpul 10 mata, bukanlah sesuatu yang mustahil buat Maqarize FC untuk melakar kejutan menewaskan MPPD FC yang sebelum ini gah dengan rekod tanpa kalah dilaman sendiri.
 
Mampukah MPPD FC meneruskan rekod tanpa kalah mereka ditempat sendiri atau Maqarize FC menamatkan perlawanan dengan mencalarkan imej tuan rumah.
 
Laluan ke pentas Suku Akhir Al Ikhsan Cup 2023
 
MPPD FC
 
> PUSINGAN 1
MPPD FC 1 – 1 JAKIM FC
MAHSA CITY FC 1 – 2 MPPD FC
MPPD FC 4 – 1 REPUBLIC OF BORNEO
BUNGA RAYA FC 3 – 3 MPPD FC
MPPD FC 4 – 0 CYBERFOX FC
 
> PUSINGAN 2
JAKIM FC 1 – 3 MPPD FC
MPPD FC 0 – 0 MAHSA CITY FC
REPUBLIC OF BORNEO 1 – 1 MPPD FC
MPPD FC 2 – 0 BUNGA RAYA FC
CYBERFOX FC 0 – 6 MPPD FC
 
*LAYAK SELAKU JUARA ZON 1 (TENGAH)
 
MAQARIZE FC
 
> PUSINGAN 1
MAQARIZE FC 5 – 0 MUKAH YT FC
STR FC 1 – 1 MAQARIZE FC
MAQARIZE FC 0 – 0 MACHAN FC
 
> PUSINGAN 2
MAQARIZE FC 0 – 0 STR FC
MUKAH YT FC 1 – 2 MAQARIZE FC
MACHAN FC 0 – 0 MAQARIZE FC
 
*LAYAK SELAKU NAIB JUARA ZON 3 (BORNEO)